Hello and welcome to beautiful Adi Azli Dot Com.

Apa kaitan Manusia dan Buah?

Tags:, , , .

blog human and fruit

Kali ni aku nak cerita pasal buah plak. Kat Malaysia ni banyak buah. Ada bermacam jenis buah. Kalau nak sebut semua, memang sampai raya pon belum tentu habis. Tapi apa yang boleh kita ambil pengajaran dari buah-buahan tu? Bacalah sendiri..

(more…)

Posted on 22 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 1 Comment.

Edit photoscape

Facebook NaDi Arts Photography

Owh..lawakan pic ni…semalam aku nak mengajar budak-budak a.k.a remaja tentang editing menggunakan photoscape. Simple je. Ajar pun tak sampai 30min dah habis semua aku ajar. Diaorang boleh “explore” sendiri. Sebab cara tu dorang akan cepat belajar.

Posted on 21 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 1 Comment.

Harga barang naik lagi,habislaa aku..

Tags:, , , , , , , , , , , .

selamat pagi.berita hari ini dimulakan dengan perkara yang berkaitan dengan kenaikkan harga minyak. Alamak, dah macam berita pagi pulak. Ok, almaklum aku rasa semua orang dah tahu mengenai kenaikkan beberapa harga seperti yang di umumkan dalam berita malam tadi dan pagi tadi juga mungkin berita pagi ada menyiarkannya skali lagi. Antara yang mengalami kenaikkan harga ialah minyak petrol RON95, gas NGV LPG (gas memasak), Diesel dan gula.

ok, sekali lagi rakyat melenting dan mengeluh, risau mungkin dengan keadaan ekonomi mereka yang ntah kemana. Antara yang biasa aku dengar ialah “harga barang naik lagi, gaji tak naik jugak”, aku rasa kebanyakkan orang akan cakap benda yang sama.

Minyak naik 5 sen je bang, bukan RM5 pun, (more…)

Posted on 16 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 1 Comment.

Germany’s ‘Octopus oracle’ keeps perfect record

Tags:, , , .

Rekod bersih yang dipegang oleh sotong Jerman Paul masih menjadi tanda aras dalam menentukan pemenang perlawanan semalam. Dan terbukti ramalan itu tepat. Apapun kita sebagai umat Islam jangan terlalu taksub dengan perkara tersebut, sotong je pun, Paul namenye, dia tu pun mahkluk Allah..Aku rasa la, agaknya die tu lapo, pastu disua plak makanan..die tak nampak pun bendera yang terlekat pada kotak makanan dia tu..Dia pun ntah-ntah randomly secara rawak je wat pilihan. Dah tu pon sbb ade dua kotak, cube letak tiga kotak..hahaha..mesti die masuk semuanya..yela..kan tangan dia banyak..

Apapun yang berlaku semuanya banyak mendatangkan faedah kepada semua pihak, banyak ke? Banyak la kot, surat khabar jadi laku, stesen Tv plak buat siaran secara langsung masa si sotong Paul tu buat ramalan padahal tengok sotong makan je kan. Kalau yang blog-blog pulak memang masa ni la dorg gunakan title untuk tarik trafik, memang bagus gak sotong ni.

Tapi di satu sudut yang lain, ia juga boleh menggalakan aktiviti perjudian, kalau kat luar negara tu takpe lah. Bagaimana kalau ianya melibatkan orang Islam sendiri, ish ish ish, berdosa tau berjudi, jauhkan sifat berjudi ye. Dan ramalan yang terbaru semalam, melibatkan perlawanan Jerman menentang Spain, dan tanpa ragu-ragu si sotong Paul memilih Spain. dan Spain telah menepati ramalan si sotong Paul tu. Haaa..orang-orang Jerman apa lagi. ada rasa nak bunuh sotong tu kan? Memang pun, si sotong Paul tu dah dapat ugutan bunuh tu..hahaha..agak-agak la,apa reaksi sotong tu.

Dan baru-baru ni, si sotong Paul tu ada buat ramalan baru, agak-agak nak tengok tak apa ramalan si Paul tu?

Ni semalam punya ramalan

.

.

(more…)

Posted on 8 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 6 Comments.

Wahai anak…

bila seronok, aku cari….pasanganku
bila sedih, aku cari….emakku
bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
bila gagal, aku ceritakan pada…. emakku
bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
bila berduka, aku peluk erat….emakku
bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….emakku
bila sambut valentine, aku bagi hadiah pasa pasanganku
bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan “selamat hari ibu”
selalu..aku ingat pasanganku
selalu..emak ingat kat aku
bila-bila…aku akan talipon pasanganku
entah bila…aku nak talipon emak
selalu..aku belikan hadiah untuk pasanganku
entah bila..aku nak belikan hadiah untuk emak

renungkan:

kalau kau sudah habis belajar dan telah bekerja..
bolehkah kau kirim wang untuk emak?
mak bukan nak banyak…lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah
berderai air mata jika kita mendengarnya
tapi kalau Emak sudah tiada..

MAKKKK…RINDU MAK…RINDU SANGAT!!!

berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya…
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…
dan akhir sekali, berapa ramai yang menyembahyangkan JENAZAH ibunya…

Posted on 8 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. No Comments.

Aku, Dia dan Kamu

Apa yang anda fikir bila terbaca atau ternampak dangan penyataan tajuk entry aku ni? Tak dapat nak fikir apa-apa?

Atau tak tahu nak cakap macam mana. Jadi sebetulnya, terpulanglah pada empunya diri atas apa jua tafsirannya. Adeh, oleh kerana buntu yang amat sangat malam ni, disebabkan dah tak tahu nak buat apa, nak layan cerita tv agak bosan, nak layan chatting pon takde sape nak layan aku tapi orangnya gi makan pulak.

Jadi, dengan tahap gaban yang ada sisa-sisa lagi ni, aku dengan gagah dan tampanya mempersembahkan…..jeng jeng jeng…….sebuah drama cinta 20 segi sebuah entry yang tidak ada motif dan tujuannya. Boleh ke seorang “owner” blog yang menulis tapi tidak ada motif dalam penulisan dan entry-entry nya? (more…)

Posted on 7 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 3 Comments.

Rahsia Menggandakan Hasil Jualan di Internet

Tags:, .

Apakah rahsia itu? Ia adalah menyediakan kemudahan untuk pelanggan membayar melalui kad kredit!

Artikel ini adalah untuk usahawan internet samada yang menumpu kepada pasaran tempatan ataupun antarabangsa. Tidak kisah apakah target pasaran anda, adalah menjadi satu perkara WAJIB untuk anda menerima pembayaran melalui cara kad kredit atau kad debit daripada pelanggan anda.

Tanggapan sesetengah orang terutama usahawan internet bahawa tidak perlu meletakkan cara pembayaran kad kredit di laman web mereka yang mensasarkan pelanggan tempatan adalah satu pendapat yang lemah. Ini kerana kini sudah ramai orang yang tahu akan kemudahan penggunaan kad kredit, malah kini sudah ramai yang berminat untuk mendapatkan kad debit (alternatif kepada kad kredit).

Selain itu, kesedaran pembelian secara online sudah mula bekembang di Malaysia selari dengan perkembangan bidang perniagaan internet di negara ini.

(more…)

Posted on 2 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. No Comments.

Kad Debit Cadangan Untuk Paypal

Tags:, .

kad debit
Di antara soalan popular berkaitan Paypal adalah kad debit. Soalan ini biasanya ditanya oleh mereka yang baru ingin mendaftar kad debit bagi tujuan pendaftaran akaun Paypal.
Di dalam artikel ringkas ini, aku nak share la beberapa kad debit cadangan. Korang boleh pilih mana yang mampu, sesuai dan yang diminati.

Kad Debit-Akaun:
Untuk memiliki kad-kad di bawah, korang perlu membuka akaun di bank berkaitan. Seeloknya, buka akaun Islamik agar lebih berkat usaha perniagaan kita.
2. EONCAP Islamic Debit Mastercard
3. Public Bank Day2Day Visa Debit Card

Prepaid Card:

Perlu dimaklumi bahawa, setiap kad sama ada kad debit atau prepaid, ia mempunyai prosedur masing-masing. Rujuk laman web mereka atau hubungi terus pihak berkaitan.
Aku nak sarankan korang menggunakan kad debit Maybank (keluaran baru itu) kerana ia lebih mudah, cepat dan mudah berbanding kad-kad lain. Malah, jika korang dapatkan ebook Panduan Asas Paypal sekarang, kad tersebut dijadikan sebagai contoh.

Ebook Panduan Paypal (Klik DiSini Sekarang)


Kesimpulan: Dapatkan ebook panduan di atas dan juga kad debit Maybank. Semasa mendaftar kad debit maybank, setkan nilai had pembelian (spending limit) yang rendah sahaja seperti RM50 hingga RM500. Tidak perlu banyak-banyak. Selepas ada dua perkara ini, bolehlah mula daftar akaun Paypal.

Sekian.

PPS. Aku amat-amat sarankan korang dapat beli ebook ini: Ebook Panduan Paypal (berbaloi-baloi)

Posted on 29 June '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 1 Comment.

Ada apa dengan blog?

Blog adiazli.com

Ada apa dengan cinta..owh..silap-silap..ada apa dengan blog..kali ni..nak ubah stail atau gaya penulisan la. Hari tu cakap nak lebih santai kan. Haaaa..Inilah masanya. Ok..sebelum apa-apa ucap salam dulu.. Assalamualaikum..barulah berkat..

Ok..kali ni aku (ok..perubahan yang pertama sebelum ni ‘saya’) nak cerita sikit pasal apa itu blog. Mungkin ramai yang dah tahu. Tapi mungkin gak ramai yang tak tahu lagi apa itu Blog. Blog ni bukan sejenis batu ye. Itu batu blok, yang orang guna untuk buat rumah. Yang ni lain, orang guna untuk buat web peribadi..ok..

Seterusnya..Selaras dengan perkembangan teknologi dan perkembangan masyarakat, internet kini menjadi salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian. Even di luar bandar pun sekarang sudah ramai yang mempunyai akses internet di rumah. Baiklah, tak kira samada di luar bandar atau di bandar, pasti ada di antara pengguna ini mempunyai blog. Sebelum ini, blog adalah salah satu medium untuk berkongsi kehidupan seharian seharian mereka. Apa saja yang mereka lakukan akan di abadikan di dalam blog. Tak kira la dorang gi mancing ke, gi outing ke, tengok wayang ke, apa saja yang mereka lakukan, akan mereka abadikan dalam blog mereka untuk perkongsian kepada pembaca blog mereka.

Tapi kini…haaaaa..berbeza pula caranya..selain dari menjadi sebagai jurnal la boleh aku cakap kat sini ye..selain dari menjadi personal blog, dari blog mereka itu sendiri, mereka bole menjana pendapatan! Yaaa…dengan kata lain DUIT!! Yaaaa..duit saudara saudari..siapa yang tak mahu duit..sekarang semuannya perlukan duit. Adakah betul apa yang aku cakap ni? Haaa..renung2kan..

(more…)

Posted on 17 June '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 4 Comments.

Gaza oh Gaza

Tags:.

gaza, flotilla freedom

Apakah perkhabaran terbaru kapal PGPO Malaysia? Jikalau anda menonton berita TV3 jam 8 malam tadi, anda pasti akan tahu apa yang telah berlaku. Tentera israel telah menawan kapal MV Rachel Corrie dan menundannya ke pelabuhan Asdod di israel. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kapal itu hanya dapat ditawan dalam beberapa minit sahaja.

Kapal MV Rache Corrie, dinamakan sempena nama seorang aktivis kebebasan amerika syarikat yang mati di gilis jentolak israel semasa dia menjadi benteng manusia ketika israel hendak memusnahkan penempatan penduduk Palestin. Nampaknya ketika menawan kapal tersebut, israel tidak mengerahkan anggota komandonya, tidak seperti ketika menawan kapal Mavi Marmara.

Tapi apa yang dapat dilihat disini ialah betapa angkuh dan biadabnya israel. Mereka langsung tidak menghiraukan desakan rakyat antarabangsa yang mengutuk serangan keatas kapal tersebut. Menteri mereka dengan angkuh dan sombong berkata, mereka tetap tidak akan membenarkan sebarang bantuan tiba di Gaza.

Tapi, apakah yang dapat kita lakukan? Sekadar berdoa dan mengharap kepada Allah agar kesemua aktivis di kapal MV Rachel Corrie itu selamat khususnya kepada rakyat Malaysia yang turut serta dalam misi keamanan tersebut. Diharapakan mereka akan selamat pulang ke tanah air.

Diharapakan dengan kejadian yang berlaku sepanjang minggu ini, akan lebih membuka mata dunia khususnya kepada negara-negara arab yang berada di sekeliling Palestin agar bangkit dan bersatu menentang israel. Ini kerana itulah sahaja cara yang boleh menyelamatkan Palestin dari terus bermandi darah dan ditindas israel Laknatullah..

p/s: sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan seluruh umat Islam khususnya di bumi Palestin.

Related Posts with Thumbnails

Posted on 5 June '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. No Comments.


ShoutMix chat widget
[close]