Ada apa dengan blog?
Ada apa dengan cinta..owh..silap-silap..ada apa dengan blog..kali ni..nak ubah stail atau gaya penulisan la. Hari tu cakap nak lebih santai kan. Haaaa..Inilah masanya. Ok..sebelum apa-apa ucap salam dulu.. Assalamualaikum..barulah berkat..
Ok..kali ni aku (ok..perubahan yang pertama sebelum ni ‘saya’) nak cerita sikit pasal apa itu blog. Mungkin ramai yang dah tahu. Tapi mungkin gak ramai yang tak tahu lagi apa itu Blog. Blog ni bukan sejenis batu ye. Itu batu blok, yang orang guna untuk buat rumah. Yang ni lain, orang guna untuk buat web peribadi..ok..
Seterusnya..Selaras dengan perkembangan teknologi dan perkembangan masyarakat, internet kini menjadi salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian. Even di luar bandar pun sekarang sudah ramai yang mempunyai akses internet di rumah. Baiklah, tak kira samada di luar bandar atau di bandar, pasti ada di antara pengguna ini mempunyai blog. Sebelum ini, blog adalah salah satu medium untuk berkongsi kehidupan seharian seharian mereka. Apa saja yang mereka lakukan akan di abadikan di dalam blog. Tak kira la dorang gi mancing ke, gi outing ke, tengok wayang ke, apa saja yang mereka lakukan, akan mereka abadikan dalam blog mereka untuk perkongsian kepada pembaca blog mereka.
Tapi kini…haaaaa..berbeza pula caranya..selain dari menjadi sebagai jurnal la boleh aku cakap kat sini ye..selain dari menjadi personal blog, dari blog mereka itu sendiri, mereka bole menjana pendapatan! Yaaa…dengan kata lain DUIT!! Yaaaa..duit saudara saudari..siapa yang tak mahu duit..sekarang semuannya perlukan duit. Adakah betul apa yang aku cakap ni? Haaa..renung2kan..
Saya nak duit!! saya nak duit!! tapiiiii……..(tapi kenapa?) tapi saya tak ada blog…haaa..mudah saja…Tak perlu pening-pening bagaimana nak buat blog. Tak perlu nak upah orang sampai beribu ringgit untuk buatkan blog anda. Buat yang free saja dah mencukupi..Tak sampai 10 minit dah siap blog anda…Haaaa..x percaya?! Tunggu post seterusnya….







4 Comments to “Ada apa dengan blog?”