Aku, Dia dan Kamu
Apa yang anda fikir bila terbaca atau ternampak dangan penyataan tajuk entry aku ni? Tak dapat nak fikir apa-apa?
Atau tak tahu nak cakap macam mana. Jadi sebetulnya, terpulanglah pada empunya diri atas apa jua tafsirannya. Adeh, oleh kerana buntu yang amat sangat malam ni, disebabkan dah tak tahu nak buat apa, nak layan cerita tv agak bosan, nak layan chatting pon takde sape nak layan aku tapi orangnya gi makan pulak.
Jadi, dengan tahap gaban yang ada sisa-sisa lagi ni, aku dengan gagah dan tampanya mempersembahkan…..jeng jeng jeng…….sebuah drama cinta 20 segi sebuah entry yang tidak ada motif dan tujuannya. Boleh ke seorang “owner” blog yang menulis tapi tidak ada motif dalam penulisan dan entry-entry nya?
Ada orang cakap, carilah “originality” dalam penulisan kamu, agar blog kamu tu lain daripada yang lain, atau dengan kata lain, unik. jiran aku dulu nama dia En.Unik. Ok, berbalik kepada permasalahan tadi..eh..apa masalahnya tadi? Ada masalah ke? Tolong ek. kalau ada masalah tu, cepatlah periksa diri sendiri dulu, lepas tu kalau dah tak jumpa salah tu, jangan cuba nak kaitkan dengan orang lain pulak….lagi satu karutan yang tidak bermakna bagi aku.haish.
Orait, dari aku terus menerus secara lintas langsung dari bilik aku ni, ada lebih baik aku berhenti dulu untuk memberi laluang (versi ganu) laluan kepada berita ringkas…argh..kamu mengarut lagi…






3 Comments to “Aku, Dia dan Kamu”