Hello and welcome to beautiful Adi Azli Dot Com.

Archive for 'Adi Azli Dot Com'

Blogger Yang Terkentut

Alamak, ape kes tajuk macam ni? haha..tapi harap takde bau la. Kalau ada bau tu bukan salah aku. Well, tujuan entry ni di tulis adalah demi menyahut seruan dari pro blogger kita bro Rohaizad. Sebelum ni ade gak tajuk entry yang lebih kurang macam ni. Tap aku tak sempat nak join.

Ok, tapi kali ni aku bukan nak cerita kenapa aku perlu atau kenapa aku tulis entry tajuk macam ni. Tapi apa yang aku nak cerita kat sini hari ni ialah lebih kurang pengalaman aku la. Lebih kurang ade bunyi kentut gak la..Wei..jangan gelak tau. Semua orang kentut ok. Even minah cantik pon kentut bau busuk tau. Jangan marah aa.

Ok. Berbalik kepada tajuk cerita asal. Camne nak mula ek. Ok, camni, semuanya berlaku zaman dahulu kala..haha..Orait.Siyes ni beb. Peristiwa kentut tak tertahan dan tak sengaja. Haa. Agak gerun kan pengalaman tu. Tapi ni sume terjadi pada kawan aku la. Kawan aku ni memang boleh tahan kuat gak la kalau bab-bab kentut ni. Tapi kalau nak kata Champion tu tak la sampai macam tu. Cerita ni juga bukan niat untuk memalukan dia tau. Lagipun aku tak cakap pon nama dia. So takde isu kat sini ye.

Well, satu hari tu kami kat dalam kelas la. Tak perlu la nak aku cakap kelas ape ek. Semua student tengah tekun membuat wayang ala-ala khusyuk mendengar dan paham apa yang di ajarkan oleh pengajar kat depan tu. Dan sudah mesti suasana dan keadaan masa tu sangat sunyi dan damai sehingga boleh melenakan mata yang redup-redup nak tido. Tiba-tiba! satu sumber bunyi yang tidak dapat dipastikan dari arah mana datangnya menerpa terus masuk ke dalam lubang gegendang semua pelajar dalam kelas tu dan termasuklah pengajar yang di depan tu.

Alahai, nak di jadikan cerita yang kawan aku ni kebetulan masa tu memang tengah memulas sangat perut dia. Ntah ape la yang dia bedal malam tadi pon aku tak tau. Tapi takpe, sebab aku sorang je yang tau sumber bunyi tu datang dari dia. Haha. Jadi masa tu takde orang pon yang tau sapa yang membuat onar. Member ni memang terkenal dengan muka toya dan tak bersalahnya tu. So, takde la dia jadi suspek kejadian tu. Agak kelam kabut dan bercampur baur la keadaan masa tu. Ada yang gelak, ada yang secara spontan menekup hidung dan ada juga yang tak terkecuali cuba untuk mencari siapakah yang telah melancarkan serangan itu tadi.

Haha..macam-macam hal la kan. Tapi itulah kan. Kenangan yang macam tu kadang-kadang boleh menjentik emosi kita dan membuat kita terkenang dan tersenyum sendirian. Harap kenangan tu boleh mengimbau kita di zaman muda-mudi, zaman kenakalan. Tapi semua itu dah lepas, biarlah ianya menjadi kenangan yang terindah untuk diceritakan kepada mungkin anak cucu kita suatu hari nanti. Walaupun ianya hanye cerita untuk mengisi masa lapang kita ataupun hanya untuk menceriakan suasana. Tak kiralah apa juga tujuannya yang penting kita semua happy!!

Cheer all..dan Selamat Hari Raya!!

Posted on 30 August '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 6 Comments.

Marhaban Ya Ramadhan

Tags:, .

Salam semua, salam ramadhan, sedar tak sedar, pejam celik, dah dua hari kita berpuasa. Rasanya masih tak terlewat lagi untuk aku ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Alahamdulillah, tahun ni aku di panjangkan umur untuk berjumpa dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ni. Dan yang paling best, tahun ni aku berpuasa di rumah. Tak macam tahun yang lepas-lepas. (more…)

Posted on 12 August '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 7 Comments.

Blogger yang Hijau

Tags:, , , .

Maaf kalau entry kali ni agak hijau je. padahal memang blog aku pon dah hijau kan. Bukan ape, cuma nak kongsikan pendapat je. Kenapa aku pilih hijau untuk blog aku ni. Jawapannya selepas ini….hahaha..gurau je. Kenapa? (more…)

Posted on 5 August '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 6 Comments.

Di suatu pagi yang x brape hening…

Tags:, , .

Salam semua pembaca blog adiazli.com. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk beriadah kat blog aku ni.

Kali ni aku nak kongsi dengan hobi baru aku dan aku berazam dengan hobi ini aku boleh buat duit..hehe. yang aku maksudkan ialah hobi photography. Jeng jeng jeng. tengok la background aku sebelah kiri blog ni. Itulah “my chenta”.hehe..oklah dari aku bebel banyak-banyak.apa kata kita layan je photo yang sempat aku tunjuk kat sini..

ni satu je aku nk bg tengok..kalau nak tengok yang lagi banyak..jom singgah di page FB ni NaDi Arts Photography..klik sini dan ade banyak pic yang korang boleh enjoy..nak lagi korang bole tengok FB aku sendiri..search for adiazli..then album DSLR & Photoshop..kalau berminat add pon takde masalah..hehe..enjoy viewing..bye..

Posted on 5 August '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 1 Comment.

NaDi Arts Photography & Sentuhan Inspirasi Mimpi Kini Berkolaborasi

Tags:, , , .

salam petang isnin semua. Hari ni cume nak cakap sikit je. Tak banyak sangat la. Just nak bagitau yang NaDi Arts Photography dan Sentuhan Inspirasi Mimpi kini telah berkolaborasi. So, sape2 yang nak tau lebih lanjut boleh search je kat Facebook atau klik je link. Ni adalah hobi aku, hobi-hobi n cube-cube nak blaja buat bisnes. hehe..

NaDi Arts Photography

Sentuhan Inspirasi Mimpi

Posted on 2 August '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. No Comments.

Apa kaitan Manusia dan Buah?

Tags:, , , .

blog human and fruit

Kali ni aku nak cerita pasal buah plak. Kat Malaysia ni banyak buah. Ada bermacam jenis buah. Kalau nak sebut semua, memang sampai raya pon belum tentu habis. Tapi apa yang boleh kita ambil pengajaran dari buah-buahan tu? Bacalah sendiri..

(more…)

Posted on 22 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 2 Comments.

Edit photoscape

Facebook NaDi Arts Photography

Owh..lawakan pic ni…semalam aku nak mengajar budak-budak a.k.a remaja tentang editing menggunakan photoscape. Simple je. Ajar pun tak sampai 30min dah habis semua aku ajar. Diaorang boleh “explore” sendiri. Sebab cara tu dorang akan cepat belajar.

Posted on 21 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 1 Comment.

Harga barang naik lagi,habislaa aku..

Tags:, , , , , , , , , , , .

selamat pagi.berita hari ini dimulakan dengan perkara yang berkaitan dengan kenaikkan harga minyak. Alamak, dah macam berita pagi pulak. Ok, almaklum aku rasa semua orang dah tahu mengenai kenaikkan beberapa harga seperti yang di umumkan dalam berita malam tadi dan pagi tadi juga mungkin berita pagi ada menyiarkannya skali lagi. Antara yang mengalami kenaikkan harga ialah minyak petrol RON95, gas NGV LPG (gas memasak), Diesel dan gula.

ok, sekali lagi rakyat melenting dan mengeluh, risau mungkin dengan keadaan ekonomi mereka yang ntah kemana. Antara yang biasa aku dengar ialah “harga barang naik lagi, gaji tak naik jugak”, aku rasa kebanyakkan orang akan cakap benda yang sama.

Minyak naik 5 sen je bang, bukan RM5 pun, (more…)

Posted on 16 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 1 Comment.

Germany’s ‘Octopus oracle’ keeps perfect record

Tags:, , , .

Rekod bersih yang dipegang oleh sotong Jerman Paul masih menjadi tanda aras dalam menentukan pemenang perlawanan semalam. Dan terbukti ramalan itu tepat. Apapun kita sebagai umat Islam jangan terlalu taksub dengan perkara tersebut, sotong je pun, Paul namenye, dia tu pun mahkluk Allah..Aku rasa la, agaknya die tu lapo, pastu disua plak makanan..die tak nampak pun bendera yang terlekat pada kotak makanan dia tu..Dia pun ntah-ntah randomly secara rawak je wat pilihan. Dah tu pon sbb ade dua kotak, cube letak tiga kotak..hahaha..mesti die masuk semuanya..yela..kan tangan dia banyak..

Apapun yang berlaku semuanya banyak mendatangkan faedah kepada semua pihak, banyak ke? Banyak la kot, surat khabar jadi laku, stesen Tv plak buat siaran secara langsung masa si sotong Paul tu buat ramalan padahal tengok sotong makan je kan. Kalau yang blog-blog pulak memang masa ni la dorg gunakan title untuk tarik trafik, memang bagus gak sotong ni.

Tapi di satu sudut yang lain, ia juga boleh menggalakan aktiviti perjudian, kalau kat luar negara tu takpe lah. Bagaimana kalau ianya melibatkan orang Islam sendiri, ish ish ish, berdosa tau berjudi, jauhkan sifat berjudi ye. Dan ramalan yang terbaru semalam, melibatkan perlawanan Jerman menentang Spain, dan tanpa ragu-ragu si sotong Paul memilih Spain. dan Spain telah menepati ramalan si sotong Paul tu. Haaa..orang-orang Jerman apa lagi. ada rasa nak bunuh sotong tu kan? Memang pun, si sotong Paul tu dah dapat ugutan bunuh tu..hahaha..agak-agak la,apa reaksi sotong tu.

Dan baru-baru ni, si sotong Paul tu ada buat ramalan baru, agak-agak nak tengok tak apa ramalan si Paul tu?

Ni semalam punya ramalan

.

.

(more…)

Posted on 8 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 6 Comments.

Wahai anak…

bila seronok, aku cari….pasanganku
bila sedih, aku cari….emakku
bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
bila gagal, aku ceritakan pada…. emakku
bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
bila berduka, aku peluk erat….emakku
bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….emakku
bila sambut valentine, aku bagi hadiah pasa pasanganku
bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan “selamat hari ibu”
selalu..aku ingat pasanganku
selalu..emak ingat kat aku
bila-bila…aku akan talipon pasanganku
entah bila…aku nak talipon emak
selalu..aku belikan hadiah untuk pasanganku
entah bila..aku nak belikan hadiah untuk emak

renungkan:

kalau kau sudah habis belajar dan telah bekerja..
bolehkah kau kirim wang untuk emak?
mak bukan nak banyak…lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah
berderai air mata jika kita mendengarnya
tapi kalau Emak sudah tiada..

MAKKKK…RINDU MAK…RINDU SANGAT!!!

berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya…
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…
dan akhir sekali, berapa ramai yang menyembahyangkan JENAZAH ibunya…
Related Posts with Thumbnails

Posted on 8 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. No Comments.


ShoutMix chat widget
[close]