Apa yang anda fikir bila terbaca atau ternampak dangan penyataan tajuk entry aku ni? Tak dapat nak fikir apa-apa?
Atau tak tahu nak cakap macam mana. Jadi sebetulnya, terpulanglah pada empunya diri atas apa jua tafsirannya. Adeh, oleh kerana buntu yang amat sangat malam ni, disebabkan dah tak tahu nak buat apa, nak layan cerita tv agak bosan, nak layan chatting pon takde sape nak layan aku tapi orangnya gi makan pulak.
Jadi, dengan tahap gaban yang ada sisa-sisa lagi ni, aku dengan gagah dan tampanya mempersembahkan…..jeng jeng jeng…….sebuah drama cinta 20 segi sebuah entry yang tidak ada motif dan tujuannya. Boleh ke seorang “owner” blog yang menulis tapi tidak ada motif dalam penulisan dan entry-entry nya? (more…)
Posted on 7 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 3 Comments.
Tags:Jualan internet, paypal.
Apakah rahsia itu? Ia adalah menyediakan kemudahan untuk pelanggan membayar melalui kad kredit!
Artikel ini adalah untuk usahawan internet samada yang menumpu kepada pasaran tempatan ataupun antarabangsa. Tidak kisah apakah target pasaran anda, adalah menjadi satu perkara WAJIB untuk anda menerima pembayaran melalui cara kad kredit atau kad debit daripada pelanggan anda.
Tanggapan sesetengah orang terutama usahawan internet bahawa tidak perlu meletakkan cara pembayaran kad kredit di laman web mereka yang mensasarkan pelanggan tempatan adalah satu pendapat yang lemah. Ini kerana kini sudah ramai orang yang tahu akan kemudahan penggunaan kad kredit, malah kini sudah ramai yang berminat untuk mendapatkan kad debit (alternatif kepada kad kredit).
Selain itu, kesedaran pembelian secara online sudah mula bekembang di Malaysia selari dengan perkembangan bidang perniagaan internet di negara ini.
(more…)
Posted on 2 July '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. No Comments.
Tags:kad debit, paypal.
Di antara soalan popular berkaitan Paypal adalah kad debit. Soalan ini biasanya ditanya oleh mereka yang baru ingin mendaftar kad debit bagi tujuan pendaftaran akaun Paypal.
Di dalam artikel ringkas ini, aku nak share la beberapa kad debit cadangan. Korang boleh pilih mana yang mampu, sesuai dan yang diminati.
Kad Debit-Akaun:
Untuk memiliki kad-kad di bawah, korang perlu membuka akaun di bank berkaitan. Seeloknya, buka akaun Islamik agar lebih berkat usaha perniagaan kita.
Prepaid Card:
Perlu dimaklumi bahawa, setiap kad sama ada kad debit atau prepaid, ia mempunyai prosedur masing-masing. Rujuk laman web mereka atau hubungi terus pihak berkaitan.
Aku nak sarankan korang menggunakan kad debit Maybank (keluaran baru itu) kerana ia lebih mudah, cepat dan mudah berbanding kad-kad lain. Malah, jika korang dapatkan ebook
Panduan Asas Paypal sekarang, kad tersebut dijadikan sebagai contoh.
Ebook Panduan Paypal (Klik DiSini Sekarang)
Kesimpulan: Dapatkan ebook panduan di atas dan juga kad debit Maybank. Semasa mendaftar kad debit maybank, setkan nilai had pembelian (spending limit) yang rendah sahaja seperti RM50 hingga RM500. Tidak perlu banyak-banyak. Selepas ada dua perkara ini, bolehlah mula daftar akaun Paypal.
Sekian.
Posted on 29 June '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 2 Comments.

Ada apa dengan cinta..owh..silap-silap..ada apa dengan blog..kali ni..nak ubah stail atau gaya penulisan la. Hari tu cakap nak lebih santai kan. Haaaa..Inilah masanya. Ok..sebelum apa-apa ucap salam dulu.. Assalamualaikum..barulah berkat..
Ok..kali ni aku (ok..perubahan yang pertama sebelum ni ‘saya’) nak cerita sikit pasal apa itu blog. Mungkin ramai yang dah tahu. Tapi mungkin gak ramai yang tak tahu lagi apa itu Blog. Blog ni bukan sejenis batu ye. Itu batu blok, yang orang guna untuk buat rumah. Yang ni lain, orang guna untuk buat web peribadi..ok..
Seterusnya..Selaras dengan perkembangan teknologi dan perkembangan masyarakat, internet kini menjadi salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian. Even di luar bandar pun sekarang sudah ramai yang mempunyai akses internet di rumah. Baiklah, tak kira samada di luar bandar atau di bandar, pasti ada di antara pengguna ini mempunyai blog. Sebelum ini, blog adalah salah satu medium untuk berkongsi kehidupan seharian seharian mereka. Apa saja yang mereka lakukan akan di abadikan di dalam blog. Tak kira la dorang gi mancing ke, gi outing ke, tengok wayang ke, apa saja yang mereka lakukan, akan mereka abadikan dalam blog mereka untuk perkongsian kepada pembaca blog mereka.
Tapi kini…haaaaa..berbeza pula caranya..selain dari menjadi sebagai jurnal la boleh aku cakap kat sini ye..selain dari menjadi personal blog, dari blog mereka itu sendiri, mereka bole menjana pendapatan! Yaaa…dengan kata lain DUIT!! Yaaaa..duit saudara saudari..siapa yang tak mahu duit..sekarang semuannya perlukan duit. Adakah betul apa yang aku cakap ni? Haaa..renung2kan..
(more…)
Posted on 17 June '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 4 Comments.
Tags:perihatin.

Apakah perkhabaran terbaru kapal PGPO Malaysia? Jikalau anda menonton berita TV3 jam 8 malam tadi, anda pasti akan tahu apa yang telah berlaku. Tentera israel telah menawan kapal MV Rachel Corrie dan menundannya ke pelabuhan Asdod di israel. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kapal itu hanya dapat ditawan dalam beberapa minit sahaja.
Kapal MV Rache Corrie, dinamakan sempena nama seorang aktivis kebebasan amerika syarikat yang mati di gilis jentolak israel semasa dia menjadi benteng manusia ketika israel hendak memusnahkan penempatan penduduk Palestin. Nampaknya ketika menawan kapal tersebut, israel tidak mengerahkan anggota komandonya, tidak seperti ketika menawan kapal Mavi Marmara.
Tapi apa yang dapat dilihat disini ialah betapa angkuh dan biadabnya israel. Mereka langsung tidak menghiraukan desakan rakyat antarabangsa yang mengutuk serangan keatas kapal tersebut. Menteri mereka dengan angkuh dan sombong berkata, mereka tetap tidak akan membenarkan sebarang bantuan tiba di Gaza.
Tapi, apakah yang dapat kita lakukan? Sekadar berdoa dan mengharap kepada Allah agar kesemua aktivis di kapal MV Rachel Corrie itu selamat khususnya kepada rakyat Malaysia yang turut serta dalam misi keamanan tersebut. Diharapakan mereka akan selamat pulang ke tanah air.
Diharapakan dengan kejadian yang berlaku sepanjang minggu ini, akan lebih membuka mata dunia khususnya kepada negara-negara arab yang berada di sekeliling Palestin agar bangkit dan bersatu menentang israel. Ini kerana itulah sahaja cara yang boleh menyelamatkan Palestin dari terus bermandi darah dan ditindas israel Laknatullah..
p/s: sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan seluruh umat Islam khususnya di bumi Palestin.
Posted on 5 June '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. No Comments.
Tags:Blog, firebug, mozilla add-on.

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati
Apa pendapat anda dengan pantun diatas? Sekadar ingin memberi sedikit keceriaan. Hidup ni mesti gembira, barulah jiwa terasa muda sentiasa. Bak kata pepatah Jepun (sekadar memberi maksud ye, nk taip yang bahasa Jepun tak tau) bermaksud..”muda itu pendek, tua itu panjang”..jadi macam mana nk selalu rasa muda? Jadi, renung-renungkan..
Ok. Berbalik kepada tajuk entry kali ini. Apa yang dapat saya katakan disini ialah ia amat berguna kepada saya yang baru nak berjinak-jinak dalam blogging ini. Ini pada pendapat saya, jika anda ada pendapat yang lain yang boleh di kongsikan bersama, jangan malu dan segan untuk komen di entry ini ye.
Orait. Pada pendapat saya, blog haruslah nampak kemas dan menarik. Barulah orang suka nak datang lagi kalau kita ada entry yang terbaru kan? Jadi pada saya biarlah nampak ceria tapi jangan la terlampau pula. Cukup la sekadar sedap dan redup mata memandang. Jadi untuk merealisasikan hasrat saya itu, say telah bekerjasama dengan firebug. Iaitu satu add-on firefox (jika anda menggunakan Mozilla Firefox, kalau IE saya tak tahu, hehe, maaf) yang amat mudah dan berkesan dalam kerja-kerja men”edit” blog. Ini kerana saya suka ber”eksperimentasi” dengan segala macam benda untuk di sesuaikan dengan blog saya.
Mungkin perkara ini sudah lama diketahui oleh anda semua yang telah lama dalam bidang Internet ini, jadi kalau saya ada salah dan silap harap mintak tunjuk ajar ye. Sekadar untuk berkongsi perkara yang baik agar kita semua dapat memanfaatkan secara bersama. Jadi, apa yang best sangat firebug ni?
Macam-macam element yang terdapat di firebug ini. Jadi untuk keterangan lanjut dan maklumat yang lebih lengkap anda bolehlah ke link ini www.getfirebug.com. Jadi kepada mereka di luar sana yang suke edit-edit ni..bolehlah cuba yaa…memang best dan sangat berguna..
Posted on 4 June '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. No Comments.

adiazli.com
Salam sejahtera kepada semua..
Maafkan saya jika lama tidak meng’update’ blog kesayangan ini. Untuk makluman semua, blog ini masih lagi dalam proses pengubahsuaian. Blog ini akan di “tacap” untuk lebih sedap mata memandang. Disini juga saya ingin memberikan kredit kepada justkhai.com, kerana saya telah meminjam script css blog beliau. Saya amat tertarik dengan suasana blog beliau. Ia juga saya jadikan contoh sebagai salah satu blog peribadi yang pada saya antara yang berjaya di Malaysia.
Walaupun sekarang ini saya sibuk dalam kerja baru saya sebagai Pengurus Pusat Jalur Lebar di Kluang Johor, namun itu tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berblog. Walaupun tidaklah sehebat mana blog saya ini pun, namun sedikit sebanyak saya dapat belajar beberapa perkara yang amat penting dalam dunia blogging ini. Ingin juga saya menikmati apa yang orang sekarang katakan duit dari blog. Tak mengapalah kalau lambat dapat pun kan? Asalkan saya terus berusaha untuk terus mendapatkan ringgit seterusnya hasil dari blog saya ini..
Satu lagi harapan saya ialah, untuk membina kerjaya dan karier saya dalam pelbagai bidang. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan (sesuai ke pepatah ni? hehe). Apapun dalam blog saya ini akan lebih menampilkan gaya penyampaian yang santai agar semua lapisan umur dapat membaca disamping perkongsian ilmiah yang akan saya selitkan dalam entry-entry saya yang akan datang.
Untuk penutup buat blog berwajah baru ini, diharapkan semua yang membaca dapatlah kita bersama-sama memanfaatkan segala kemudahan yang ada dan gunakanlah ianya kearah yang baik.
p/s: hijau sangat tak blog ni?
Posted on 2 June '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. No Comments.

Selamat Pagi dan salam sejahtera..untuk makluman para pembaca, jika anda terlihat blog saya ini sedang tonggang langgang. Itu bermakna saya sedang membuat kemaskini susun atur semula blog kesayangan saya ini. Jadi tidak ada apa yang perlu di risaukan disini ok.
Saya juga sedang cuba untuk membaikpulih kembali beberapa widget dan iklan yang telah sedia ada di themes yang lama. Ini kerana, terdapat beberapa perkara yang tak dapat untuk saya uruskan sendiri. Jadi terpaksalah saya meminta bantuan dari rakan saya.
Ok, cukup sekadar disini untuk memberitahu sedikit makluman kepada semua Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini. Trimas.
Posted on 9 March '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 10 Comments.
Tags:blogging, wordpress themes.
Salam sejahtera semua.
Hari saya terfikir untuk menukarkan blog layout saya kepada yang lebih menarik. Tapi setelah lama mencari, tiada satu pun lagi yang dapat menambat hati ini. Saya ingin blog saya kelihatan seperti blog-blog IM ataupun blogger-blogger tempatan yang lain. Mereka mempunyai blog yang simple dan menarik. dan yang paling penting blog mereka cepat loading ye tuan-tuan dan puan-puan..
Disini saya ingin meminta pandangan dan pendapat saudara saudari, jikalau anda mempunyai sumber-sumber yang menarik untuk mendapatkan themes atau layout yang menarik, anda bolehlah kongsikannya dengan saya, kalau boleh dapat yang free lagi ok. Hehe.
Jadi, jangan malu jangan segan, mari kita sama-sama berkongsi yer..ahaaa..
p/s: Hari ni keje petang lagi..
Posted on 8 March '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 3 Comments.
Tags:Adi Azli Dot Com, Blog, trafik.
Wah..bukan main gempak post title kali ini. Bukan apa, cuma ingin memberitahu dan berkongsi hasil titik peluh sendiri. Tapi bukan duit yang di dambakan, tapi kepuasan. Ya, kepuasan adalah segalanya, lebih-lebih lagi ianya datang dari hasil usaha sendiri, bak kata orang sekarang, Berbaloi-baloi. Haha. Jadi, apa yang meletupnya tu wahai En.Adi?
Ya, ini dia, letupan yang dimaksudkan ialah letupan trafik di blog Adi Azli Dot Com. Ianya berlaku pada 28hb yang lepas, iaitu semalam. Bagaimana ianya terjadi? Saya pun tak tau. Apa yang saya tau, saya telah ping post terbaru saya di Nuffnang.com.my dan Gengblogger.com. Lantas apa yang terjadi? Maka selepas itu berlakulah letupan trafik yang pada En.Adi adalah sangat hebat. Padahal ia hanya biasa saja pada otai2 yang telah lama berkecimpung dalam arena bloging ni. Tapi takpe la kan, ianya sudah kira OK la untuk permulaan. Setidaknya, ia memberi motivasi kepada En.Adi untuk menghasilkan lebih banyak post-post yang lebih berkualiti dan padat dengan informasi untuk dikongsi bersama pembaca semua.
Jadi teruskan usaha anda En.Adi!! Di bawah Ini die screen shot yang dapat dari akaun nuffnang.

Apa yang anda dapat di lihat disini ialah hit trafik pada 28hb yer..sumenye 78 unik visitor. Target lepas ni nk dapatkan 100 unik visitor pulak.
p/s: Risau tak dapat surfing internet lagi, broadband kene block plak…huhu

Posted on 1 March '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. 8 Comments.