Kali ni aku nak cerita pasal buah plak. Kat Malaysia ni banyak buah. Ada bermacam jenis buah. Kalau nak sebut semua, memang sampai raya pon belum tentu habis. Tapi apa yang boleh kita ambil pengajaran dari buah-buahan tu? Bacalah sendiri..
Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati
Apa pendapat anda dengan pantun diatas? Sekadar ingin memberi sedikit keceriaan. Hidup ni mesti gembira, barulah jiwa terasa muda sentiasa. Bak kata pepatah Jepun (sekadar memberi maksud ye, nk taip yang bahasa Jepun tak tau) bermaksud..”muda itu pendek, tua itu panjang”..jadi macam mana nk selalu rasa muda? Jadi, renung-renungkan..
Ok. Berbalik kepada tajuk entry kali ini. Apa yang dapat saya katakan disini ialah ia amat berguna kepada saya yang baru nak berjinak-jinak dalam blogging ini. Ini pada pendapat saya, jika anda ada pendapat yang lain yang boleh di kongsikan bersama, jangan malu dan segan untuk komen di entry ini ye.
Orait. Pada pendapat saya, blog haruslah nampak kemas dan menarik. Barulah orang suka nak datang lagi kalau kita ada entry yang terbaru kan? Jadi pada saya biarlah nampak ceria tapi jangan la terlampau pula. Cukup la sekadar sedap dan redup mata memandang. Jadi untuk merealisasikan hasrat saya itu, say telah bekerjasama dengan firebug. Iaitu satu add-on firefox (jika anda menggunakan Mozilla Firefox, kalau IE saya tak tahu, hehe, maaf) yang amat mudah dan berkesan dalam kerja-kerja men”edit” blog. Ini kerana saya suka ber”eksperimentasi” dengan segala macam benda untuk di sesuaikan dengan blog saya.
Mungkin perkara ini sudah lama diketahui oleh anda semua yang telah lama dalam bidang Internet ini, jadi kalau saya ada salah dan silap harap mintak tunjuk ajar ye. Sekadar untuk berkongsi perkara yang baik agar kita semua dapat memanfaatkan secara bersama. Jadi, apa yang best sangat firebug ni?
Macam-macam element yang terdapat di firebug ini. Jadi untuk keterangan lanjut dan maklumat yang lebih lengkap anda bolehlah ke link ini www.getfirebug.com. Jadi kepada mereka di luar sana yang suke edit-edit ni..bolehlah cuba yaa…memang best dan sangat berguna..
Wah..bukan main gempak post title kali ini. Bukan apa, cuma ingin memberitahu dan berkongsi hasil titik peluh sendiri. Tapi bukan duit yang di dambakan, tapi kepuasan. Ya, kepuasan adalah segalanya, lebih-lebih lagi ianya datang dari hasil usaha sendiri, bak kata orang sekarang, Berbaloi-baloi. Haha. Jadi, apa yang meletupnya tu wahai En.Adi?
Ya, ini dia, letupan yang dimaksudkan ialah letupan trafik di blog Adi Azli Dot Com. Ianya berlaku pada 28hb yang lepas, iaitu semalam. Bagaimana ianya terjadi? Saya pun tak tau. Apa yang saya tau, saya telah ping post terbaru saya di Nuffnang.com.my dan Gengblogger.com. Lantas apa yang terjadi? Maka selepas itu berlakulah letupan trafik yang pada En.Adi adalah sangat hebat. Padahal ia hanya biasa saja pada otai2 yang telah lama berkecimpung dalam arena bloging ni. Tapi takpe la kan, ianya sudah kira OK la untuk permulaan. Setidaknya, ia memberi motivasi kepada En.Adi untuk menghasilkan lebih banyak post-post yang lebih berkualiti dan padat dengan informasi untuk dikongsi bersama pembaca semua.
Jadi teruskan usaha anda En.Adi!! Di bawah Ini die screen shot yang dapat dari akaun nuffnang.
Apa yang anda dapat di lihat disini ialah hit trafik pada 28hb yer..sumenye 78 unik visitor. Target lepas ni nk dapatkan 100 unik visitor pulak.
p/s: Risau tak dapat surfing internet lagi, broadband kene block plak…huhu
Salam Semua..rasa sudah terlalu lama tidak meng’update’ blog yang di sayangi ini.Almaklum la, sekarang ini sedang sibuk dengan training kerja baru di TM. Ok, untuk malam ini, ataupun pagi ini, masih tidak terlambat lagi untuk saya menceritakan lagi serba sedikit mengenai cara tarik trafik ke blog dengan cara yang mudah tapi berkesan. Seperti post-post saya yang terdahulu, cara yang akan saya kongsikan ini, tidak kurang juga hebatnya. Bergantung kepada kesungguhan dan semangat orang yang mebuatnya juga.
Akhirnya, saya berjaya juga memasang Favicon di blog Adi Azli Dot Com ini, mungkin ia hanya untuk sementara sahaja.Hehe, sebab saya mahu membuat favicon yang lebih menarik atau masih belum jumpa yang menarik lagi. Untuk memasang favicon ini cukup senang dan mudah. Bagi yang menggunakan domain sendiri seperti http://adiazli.com saya ini, anda semua bolehlah cari plugin bagi favicon dan install-kannya di blog anda. Kemudian ikutlah langkah-langkah yang di syorkan di plugins itu. Terdapat banyak jenis plugin yang ada, pilih ikut kesesuaian anda.
My Favicon
Dan, Bagaimana pula pada mereka yang menggunakan blog percuma seperti [dot]blogspot dan [dot]wordpress? Saya akan terangkan di post yang akan datang. Kepada mereka yang mengikuti blog dan post yang lepas pasti anda akan ingat salah satu cara untuk tarik trafik yang saya berikan, kalau anda tidak ingat, anda boleh baca DISINI.
Jadi, tunggu di post yang akan datang.
p/s: baru lepas makan ayam ‘ungkep’ masakan nenek. Tak tau apa itu ‘ungkep’? Nanti saya ceritakan ye..
Salam semua.Masih dalam mood berkabung atas kemangkatan Almarhum Sultan Johor.Al-Fatihah.
Jadi untuk post kali ini, saya akan menyambung kembali dengan cara untuk meningkatkan trafik web atau pun blog anda. Sebelum itu biar saya ‘review’ kembali pada post yang lepas iaitu cara yang pada saya adalah mudah untuk dilakukan. Cara yang pertama ialah dengan membuat post atau cerita yang menarik dalam blog anda dan yang kedua ialah dengan melakukan fokus terhadap blog anda atau dengan kata lain ‘niche’ post ataupun artikel anda.
Untuk post kali ini saya akan kongsikan beberapa cara lagi yang sangat berkesan dan banyak di buat oleh usahawan internet di Malaysia. (more…)
Salam semua. Kali ini saya tidak akan membincangkan sambungan untuk post yang lepas ye. Hanya untuk berkongsi kegembiraan sahaja. Sebenarnya sudah lama klip ini ada, cuma saya baru sahaja dapat tengok. Apepun memang enjoy and sangat lawak la. Haha. Sebelum itu nak juga saya tanya, sudah mencuba ke cara-cara yang saya beri semalam? Harapan saya agar kita dapat berjaya bersama-sama yek. Okay..sampai disini saja..and enjoy this klip…
Untuk post kali ini, saya akan membincangkan tentang trafik. Apa yang dikatakan tentang trafik? Apa kaitannya dengan blog? Sudah tentu pelbagai persoalan akan bermain di fikiran kita.
Pertama sekali biar saya terangkan apa itu trafik. (more…)
Betul ke dengan hanya berblog atau dengan kata lain blogging bole buat duit? Inilah persoalan yang sering di fikirkan oleh mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog dan ingin mencari pendapatan melalui blog. Memang tidak dapat di nafikan bahawa dengan blog kita boleh menjana pendapatan melaluinya. Ini sudah terbukti dengan hadirnya ramai blogger-blogger tempatan yang sudah menempa nama dalam arena blogging ini, dan mereka juga telah menjana pendapatan yang agak lumayan hasil dari blog mereka.