Hello and welcome to beautiful Adi Azli Dot Com.

Tag Archives: perihatin

Gaza oh Gaza

Tags:.

gaza, flotilla freedom

Apakah perkhabaran terbaru kapal PGPO Malaysia? Jikalau anda menonton berita TV3 jam 8 malam tadi, anda pasti akan tahu apa yang telah berlaku. Tentera israel telah menawan kapal MV Rachel Corrie dan menundannya ke pelabuhan Asdod di israel. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kapal itu hanya dapat ditawan dalam beberapa minit sahaja.

Kapal MV Rache Corrie, dinamakan sempena nama seorang aktivis kebebasan amerika syarikat yang mati di gilis jentolak israel semasa dia menjadi benteng manusia ketika israel hendak memusnahkan penempatan penduduk Palestin. Nampaknya ketika menawan kapal tersebut, israel tidak mengerahkan anggota komandonya, tidak seperti ketika menawan kapal Mavi Marmara.

Tapi apa yang dapat dilihat disini ialah betapa angkuh dan biadabnya israel. Mereka langsung tidak menghiraukan desakan rakyat antarabangsa yang mengutuk serangan keatas kapal tersebut. Menteri mereka dengan angkuh dan sombong berkata, mereka tetap tidak akan membenarkan sebarang bantuan tiba di Gaza.

Tapi, apakah yang dapat kita lakukan? Sekadar berdoa dan mengharap kepada Allah agar kesemua aktivis di kapal MV Rachel Corrie itu selamat khususnya kepada rakyat Malaysia yang turut serta dalam misi keamanan tersebut. Diharapakan mereka akan selamat pulang ke tanah air.

Diharapakan dengan kejadian yang berlaku sepanjang minggu ini, akan lebih membuka mata dunia khususnya kepada negara-negara arab yang berada di sekeliling Palestin agar bangkit dan bersatu menentang israel. Ini kerana itulah sahaja cara yang boleh menyelamatkan Palestin dari terus bermandi darah dan ditindas israel Laknatullah..

p/s: sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan seluruh umat Islam khususnya di bumi Palestin.

Related Posts with Thumbnails

Posted on 5 June '10 by adiazli, under Adi Azli Dot Com. No Comments.


ShoutMix chat widget
[close]